Perihal menimbulkan “mood” di dalam penataan chahaya ( a.k.a. High Key versus Low Key )…

Wah lau, posting terakhir 16hb September 2017, ni sudah 6hb November 2017! Hampir 7 minggu tidak bersiaran, al maklum, sibuk charik makan-lah kata-kan har har har. Hari ni saya mahu sambung pula akan perihal menimbulkan “mood” di dalam penataan chahaya fotografi ( dan boleh juga digunapakai untuk penggambaran video-lah juga ada-nya #kenyitmata sikit ).

Kita kembali kepada sifat chahaya ( boleh rujuk posting di sini ), “keras” versus “lembut”. Sechara umum-nya, chahaya keras sesuai digunapakai untuk kaum Adam manakala chahaya lembut sesuai untuk kaum Hawa dan juga anak-anak. Chahaya keras akan menimbulkan tekstur dan tone yang kontras, sementara chahaya yang lembut menghasilkan pula tone yang sekata. Chahaya keras dan chahaya lembut ini juga boleh menimbulkan “mood”.

( Sebenarnya, puas juga mengguna carian kata perkataan “mood” dalam Bahasa Melayu, haram tak jumpa! Maka, kita pinjam sahaja istilah Inggeris ini walaupun tak jempol – Editor

Portrait of Adam of The Sluggers, Sekolah Menengah Saujana Impian, Kajang. © Ted Adnan Photography & Design.

Gambar di atas, kombinasi chahaya keras dan juga chahaya lembut dengan latar belakang yang gelap.

Gambar di bawah, penggunaan chahaya lembut semata-mata dengan latar belakang yang cerah.

High key portrait of Atiyah @ The Barebone Studio Saujana Impian Kajang.
© Ted Adnan Photography & Design.

Tidak semestinya chahaya keras dikhaskan kepada kaum Adam sahaja, sebagai contoh, lihat-lah gambar di bawah ini pula…

Ruth by Ted Adnan, bare beauty dish and softbox combo @ The Barebone Studio Saujana Impian Kajang.
© Ted Adnan Photography & Design

…dan tidak semestinya, chahaya lembut terhad penggunaannya kepada kaum Hawa-lah juga (lihat contoh di bawah lah ).

“Matt Rawke” by Ted Adnan @ The Barebone Studio Saujana Impian Kajang
© Ted Adnan Photography & Design

Gambar yang dirakamkan dengan kecerahan tone err, cerah melebihi 70% juga dikenali sebagai gambar “high key” manakala gambar yang dirakamkan dengan tone gelap melebihi 70% juga dikategorikan sebagai gambar “low key” ( Nota dari Editor: Usahlah anda pembaca sekalian gunakan istilah “kunci tinggi” juga “kunci rendah” untuk terjemahkan “high key” & “lowkey” ini, dikhuatiri akan menjadi bahan jenaka warga alam maya di dunia Internet™ pula nanti, jikalau tuan-tuan pembaca buat juga, kami tak bertanggungjawab tahu? – Editor ).

Dipendekkan cheritera, semua di atas ini bukan-lah (di-riwayat-kan) firman (yang) turun dari CakeraWala dan di-pahat atas batu (maka tidak boleh diubah sehingga akhir jaman), anggap-lah ia sebagai panduan semata-mata. Lepas itu jikalau mahu “break the rules”, sukahati y’all lah. Jikalau penonton suka dengan hasil kerja “mood” ada, Alhamdullilah. Jikalau derang ramai tak suka, haarrr, sindri mahu ingat-lah!

Seterusnya (di catatan nota akan datang), “perihal mood dan warna”…

 

 

 

Copyright © 2015 Pixel Theme Studio. All rights reserved.