Perihal Penataan Chahaya di dalam Fotografi – Imbangan Putih

Salam 16 September 2017 , Selamat Hari Malaysia! Sudah-kah anda mengibarkan Jalur Gemilang di rumah anda pada hari yang amat bersejarah ini?

Selamat Hari Malaysia ke-54 ! © Ted Adnan Photography

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Sambungan dari post sa-belom ini akan perihal penataan chahaya  di dalam fotografi, 

Hari ini saya mahu ber-cheritera tentang perihal imbangan warna putih-lah pula.

Pada setiap peranti rakaman gambar dan juga video, akan ada fungsi yang di-tanda-kan ‘WB’. ‘WB’ ini ada-lah singkatan kepada perkataan ‘white balance’ yang menetap-kan warna putih di dalam ber-macham-macham jenis keadaan chahaya yang berlainan, juga akan mempengaruhi warna-warna lain-lah juga. Jikalau tetapan WB ini tidak ‘tepat’ ( lebih banyak akan perihal ini nanti ), rakaman gambar dan juga video ini nanti akan mempunyai ‘colour cast’. Contoh utama: di dalam bilik yang di-terangi dengan lampu kalimantang, rakaman gambar nanti akan kelihatan sedikit kehijauan manakala gambar yang di-rakam-kan di luar tatkala langit mendung akan kelihatan sedikit kebiruan-lah juga ada-nya.

Gambar dengan warna keseluruhan yang sedikit kehijauan disebabkan oleh sumber chahaya lampu kalimantang – © Ted Adnan Photography

Jikalau langit biru dengan matahari bersinar-sinar dengan terik sekalipun, jikalau rakaman gambar dan video dengan subjek di kawasan teduh, subjek tersebut pasti akan ada sadikit warna kebiruan-lah juga.

Tatkala matahari tegak atas kepala, kelihatan warna seperti “normal” tapi di bahagian teduh ada kelihatann sedikit rona kebiruan-lah juga – © Ted Adnan Photography

Keadaan chahaya yang berlainan ( ada masa panas terik, ada masa langit jerubu, ada masa langit gelap penuh awan hitam sekejap lagi nak runtuh dengan hujan ais batu dan se-umpama-nya – Nota dari Editor: yang ayat last tu ada-lah gaya bahasa ayat se-jenis spesis yang sangat gemar menggunakan perkataan bombastik banyak bunyi tapi intipati hampas semata-mata, konon-nya mahu nampak bijak pandai bistari nak bikin orang awam ‘kagum’, tapi sebenarnya tidak, seperti sesetengah ahli politik-lah juga ) akan menghasilkan gambar dengan warna yang berubah-ubah.  Jurutera/teknisyen kamera membikin tetapan “Auto WB” untuk menangani keadaan ini sechara automatik. Namun begitu, adakala-nya, hasil gambar dari tetapan “Auto WB” ini kadangkala masih tidak tepat-lah juga. Maka, di-bikin pula tetapan preset tambahan seperti “fluorescent” ( kalimantang ), “tungsten” ( lampu menthol olde skool yang warna jingga/merah gitu ), “cloudy” ( mendung ) dan tidak lupa juga “bright”, oh bukan, “daylight” ( simbol matahari terang benderang gitu ).

#TedAdnanBilang… “Boleh-lah” kalau mahu pakai tetapan “preset WB” ni jikalau baru mula-mula belajar fotografi. Lama-kelamaan bila makin mahir “mem-bacha” warna chahaya ini akan tahu kadangkala preset ini semua ( yang di-tulis perisian program komputer-nya oleh jurutera/teknisyen yang di-taip di perenggan di atas tadik ) di dalam kamera ini semua PUN sabenar-nya tidak-lah berapa tepat-lah juga. Bergantung kepada sesetengah model kamera, boleh bikin tetapan imbangan warna putih dengan tetapan “Kelvin temperature” ( simbol K ). tetapan preset kalimantang/tungsten/mendung/panas pun masih boleh diubah-ubah mengikut sesedap rasa penglihatan mata masing-masing sindri lah juga. Apa ada hal?

Kabus bertindak sebagai penuras mengurangi kekuatan sinar matahari menyebabkan gambar akan kelihatan sedikit rona kebiruan ( gambar sudah di-ubah imbangan warna-nya kerana gambar asal ‘ter’-gunapakai imbangan warna kalimantang. Tidak perlu gundah gulana, Photoshop™ kan ada? – © Ted Adnan Photography

Di-pendek-kan cheritera, sukahati citarasa masing-masing lah mahu pakai tetapan imbangan warna putih  mengikut kesesuaian gambar, “mood” dan juga “cherita” ( perihal “mood” & “cherita” ni post yang akan datang. Nak menaip kena karang dengan gaya penulisan cerpen sambil pekena kopi dan Sampoerna™ Menthol serta cekodok pisang se-piring dua, baru “Umph!” ). Tapi ingat, kalau kena taruk bila gambar di-persembah-kan kepada orang ramai tapi kena tegur kaw-kaw oleh semua sebab tetapan imbangan warna putih tidak di-terima umum, you punya sindri kepala hotak-lah kena ingat lah har har har!