Perihal Penataan Chahaya di dalam Fotografi – Imbangan Warna

Salam 16 September 2017 , Selamat Hari Malaysia! Sudah-kah anda mengibarkan Jalur Gemilang di rumah anda pada hari yang amat bersejarah ini?

Selamat Hari Malaysia ke-54 ! © Ted Adnan Photography

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Sambungan dari post sebelum ini akan perihal penataan chahaya  di dalam fotografi, 

Hari ini saya mahu ber-cheritera tentang perihal imbangan warna-lah pula.

Pada setiap peranti rakaman gambar dan juga video, akan ada fungsi yang ditandakan ‘WB’. ‘WB’ ini ada-lah singkatan kepada perkataan ‘white balance’ yang menetap-kan warna putih di dalam ber-macham-macham jenis keadaan chahaya yang berlainan, juga akan mempengaruhi warna-wana lain-lah juga. Jikalau tetapan WB ini tidak ‘tepat’ ( lebih banyak akan perihal ini nanti ), rakaman gambar dan juga video ini nanti akan mempunyai ‘colour cast’. Contoh utama: di dalam bilik yang diterangi dengan lampu kalimantang, rakaman gambar nanti akan kelihatan sedikit kehijauan manakala gambar yang dirakamkan di luar tatkala langit mendung akan kelihatan sedikit kebiruan-lah juga ada-nya.

Gambar dengan warna keseluruhan yang sedikit kehijauan disebabkan oleh sumber chahaya lampu kalimantang – © Ted Adnan Photography

Jikalau langit biru dengan matahari bersinar-sinar dengan terik sekalipun, jikalau rakaman gambar dan video dengan subjek di kawasan teduh, pasti akan ada sedikit warna kebiruan lah juga.

Tatkala matahari tegak atas kepala, kelihatan warna seperti “normal” tapi di bahagian teduh ada kelihatann sedikit rona kebiruan-lah juga – © Ted Adnan Photography

Keadaan chahaya yang berlainan ( ada masa panas terik, ada masa langit jerubu, ada masa langit gelap penuh awan hitam sekejap lagi nak runtuh dengan hujan ais batu dan se-umpama-nya – Nota dari Editor: yang ayat last tu ada-lah gaya bahasa ayat se-jenis spesis yang sangat gemar menggunakan perkataan bombastik banyak bunyi tapi intipati hampas semata-mata, konon-nya mahu nampak bijak pandai bistari nak bikin orang awam ‘kagum’, tapi sebenarnya tidak, seperti sesetengah ahli politik-lah juga ) akan menghasilkan gambar dengan warna yang berubah-ubah.  Jurutera/teknisyen kamera membikin tetapan “Auto WB” untuk menangani keadaan ini sechara automatik. Namun begitu, adakala-nya, hasil gambar dari tetapan “Auto WB” ini kadangkala masih tidak tepat-lah juga. Maka, dibikin pula tetapan preset tambahan seperti “fluorescent” ( kalimantang ), “tungsten” ( lampu menthol olde skool yang warna jingga/merah gitu ), “cloudy” ( mendung ) dan tidak lupa juga “bright” ( simbol matahari terang benderang gitu ).

#TedAdnanBilang… “Boleh-lah” kalau mahu pakai tetapan “preset WB” ni jikalau baru mula-mula belajar fotografi. Lama-kelamaan bila makin mahir “mem-bacha” warna chahaya ini akan tahu kadangkala preset ini semua ( yang ditulis perisian program komputer-nya oleh jurutera/teknisyen yang ditaip di perenggan di atas tadik ) di dalam kamera ini semua PUN sebenar-nya tidak-lah berapa tepat-lah juga. Bergantung kepada sesetengah model kamera, boleh bikin tetapan imbangan warna dengan tetapan “Kelvin temperature” ( simbol K ). tetapan preset kalimantang/tungsten/mendung/panas pun masih boleh diubah-ubah mengikut sesedap rasa penglihatan mata masing-masing sindri lah juga. Apa ada hal?

Kabus bertindak sebagai penuras mengurangi kekuatan sinar matahari menyebabkan gambar akan kelihatan sedikit rona kebiruan ( gambar sudah di-ubah imbangan warna-nya kerana gambar asal ‘ter’-gunapakai imbangan warna kalimantang. Tidak perlu gundah gulana, Photoshop™ kan ada? – © Ted Adnan Photography

Di-pendek-kan cheritera, sukahati citarasa masing-masing lah mahu pakai tetapan imbangan warna mengikut kesesuaian gambar, “mood” dan juga “cherita” ( perihal “mood” & “cherita” ni post yang akan datang. Nak menaip kena karang dengan gaya penulisan cerpen sambil pekena kopi dan Sampoerna™ Menthol serta cekodok pisang se-piring dua, baru “Umph!” ). Tapi ingat, kalau kena taruk bila gambar dipersembahkan kepada orang ramai tapi kena tegur kaw-kaw oleh semua sebab tetapan imbangan warna tidak diterima umum, you punya sindri kepala hotak lah kena ingat lah har har har!

 

 

 

 

 

Perihal Penataan Chahaya di dalam Fotografi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Untuk beberapa siri posting di blog ini nanti, akan saya kongsi-kan beberapa petikan perenggan dan juga bab-bab dari buku saya ( asal-nya di-tulis untuk diterbitkan di-bawah naungan se-buah syarikat penerbitan tempatan sekitar 2011, tapi tak jadi. Ada usaha untuk diterbitkan sendiri sekitar lewat 2015 tapi kekangan ekonomi semasa tidak mengijinkan-nya. Jadi sebelum saya ‘mampus’ , dengan nada dan gaya seniwati Sarimah di dalam gambar wayang ‘Masam-masam Manis’ arahan seniman agung Tan Sri P. Ramlee , mungkin ada baik saya berkongsi serba sedikit ilmu yang ada. Ada rejeki nanti sempat-lah terbitkan buku dwi-bahasa ini sindri takder kalu nasib nkorang-lah yang rugi ) yang ber-tajuk “Penataan Cahaya Kreatif bersama Ted Adnan” ( Bahasa Inggeris “Creative Light With Ted Adnan” ).

 

PERIHAL PENATAAN CHAHAYA DI DALAM FOTOGRAFI – CHAHAYA SEDIA ADA

1. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar melalui chahaya. Perkataan ‘fotografi’ ( asal Bahasa Inggeris, ‘photography’  ) datang dari perkataan Yunani iaitu ‘phos’ ( chahaya ) dan ‘graphis’ ( pelukisan chahaya ). Peralatan fotografi ada-lah kamera. Proses-nya me-libat-kan dua peralatan penting iaitu:

a. pengumpul chahaya = lensa dan

b. perakam chahaya = filem atau cip sensor

2. 99 % ( ini statistik sukahati ) pengambaran fotografi ini menggunakan chahaya matahari dengan baki 1% lagi adalah dari chahaya rembulan, chahaya dari sumber elektrik, ungun api & nyalaan rokok/curut ( jaga-jaga nanti gambar akan berbau hangit kena asap lah! ) dan bermacham-macham sumber chahaya lagik.

3. Sifat chahaya

Chahaya mempunya sifat-sifatnya tersendiri.

a. chahaya yang ‘keras’

b. chahaya yang ‘lembut’

Chahaya ‘keras’ – tatkala matahari baru terbit dari ufuk dan di waktu tengahari dengan tiada halangan awan, jerebu waima pokok dan payung-lah juga ada-nya. Bayang yang terhasil ada-lah sangat gelap.

A Bajau Laut child paddling a boat of the coast of Samporna, Sabah, Malaysia

Sebaliknya, chahaya ‘lembut’ dari matahari ini terjadi apabila ia di-turas dengan awan, jerebu atau dibalikkan dari permukaan-permukaan seperti batu, dinding, pasir, air dan bermacham-macham jasad lagik. Bayang-bayang dari chahaya lembut ini biasa-nya tidak ketara gelap-nya.

Potret seorang lelaki berjambang tatkala hari mendung – © Ted Adnan Photography

( Berenti pekena Sampoerna™ Menthol sekejap )

4. Imbangan warna

Selain dari sifat chahaya yang ditaip di atas tadik, chahaya juga mempunya ‘warna’-nya sindri.
Chahaya pagi akan kelihatan sedikit kekuningan dan arah-nya sentiasa dari tepi. Seperti gambar di bawah, wajah di bawah topi pun kena chahaya lagi.

Orang Tengger & Kuda Tunggangan – © Ted Adnan Photography 

 

Di waktu tengahari, chahaya datang dari arah atas kepala dan bayang-bayang terus jatuh ke bawah kaki.

Matahari tegak di atas kepala, membuat chahaya sangat kontras dan bayang pekat – © Ted Adnan Photography

Di kala lewat petang pula,  chahaya agak kekuningan/jingga, disebabkan oleh serakan chahaya oleh partikel asap, jerubu, molekul udara serta berbagai zarah yang terapung di udara.

Sore di Lereng Rinjani – © Ted Adnan Photography

Sekian dahulu buat kali ini, akan perihal imbangan warna, akan dibikin karangan lain untuk posting blog lain kali.

Copyright © 2015 Pixel Theme Studio. All rights reserved.