Perihal Penataan Chahaya di dalam Fotografi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Untuk beberapa siri posting di blog ini nanti, akan saya kongsi-kan beberapa petikan perenggan dan juga bab-bab dari buku saya ( asal-nya di-tulis untuk diterbitkan di-bawah naungan se-buah syarikat penerbitan tempatan sekitar 2011, tapi tak jadi. Ada usaha untuk diterbitkan sendiri sekitar lewat 2015 tapi kekangan ekonomi semasa tidak mengijinkan-nya. Jadi sebelum saya ‘mampus’ , dengan nada dan gaya seniwati Sarimah di dalam gambar wayang ‘Masam-masam Manis’ arahan seniman agung Tan Sri P. Ramlee , mungkin ada baik saya berkongsi serba sedikit ilmu yang ada. Ada rejeki nanti sempat-lah terbitkan buku dwi-bahasa ini sindri takder kalu nasib nkorang-lah yang rugi ) yang ber-tajuk “Penataan Cahaya Kreatif bersama Ted Adnan” ( Bahasa Inggeris “Creative Light With Ted Adnan” ).

 

PERIHAL PENATAAN CHAHAYA DI DALAM FOTOGRAFI – CHAHAYA SEDIA ADA

1. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar melalui chahaya. Perkataan ‘fotografi’ ( asal Bahasa Inggeris, ‘photography’  ) datang dari perkataan Yunani iaitu ‘phos’ ( chahaya ) dan ‘graphis’ ( pelukisan chahaya ). Peralatan fotografi ada-lah kamera. Proses-nya me-libat-kan dua peralatan penting iaitu:

a. pengumpul chahaya = lensa dan

b. perakam chahaya = filem atau cip sensor

2. 99 % ( ini statistik sukahati ) pengambaran fotografi ini menggunakan chahaya matahari dengan baki 1% lagi adalah dari chahaya rembulan, chahaya dari sumber elektrik, ungun api & nyalaan rokok/curut ( jaga-jaga nanti gambar akan berbau hangit kena asap lah! ) dan bermacham-macham sumber chahaya lagik.

3. Sifat chahaya

Chahaya mempunya sifat-sifatnya tersendiri.

a. chahaya yang ‘keras’

b. chahaya yang ‘lembut’

Chahaya ‘keras’ – tatkala matahari baru terbit dari ufuk dan di waktu tengahari dengan tiada halangan awan, jerebu waima pokok dan payung-lah juga ada-nya. Bayang yang terhasil ada-lah sangat gelap.

A Bajau Laut child paddling a boat of the coast of Samporna, Sabah, Malaysia

Sebaliknya, chahaya ‘lembut’ dari matahari ini terjadi apabila ia di-turas dengan awan, jerebu atau dibalikkan dari permukaan-permukaan seperti batu, dinding, pasir, air dan bermacham-macham jasad lagik. Bayang-bayang dari chahaya lembut ini biasa-nya tidak ketara gelap-nya.

Potret seorang lelaki berjambang tatkala hari mendung – © Ted Adnan Photography

( Berenti pekena Sampoerna™ Menthol sekejap )

4. Imbangan warna

Selain dari sifat chahaya yang ditaip di atas tadik, chahaya juga mempunya ‘warna’-nya sindri.
Chahaya pagi akan kelihatan sedikit kekuningan dan arah-nya sentiasa dari tepi. Seperti gambar di bawah, wajah di bawah topi pun kena chahaya lagi.

Orang Tengger & Kuda Tunggangan – © Ted Adnan Photography 

 

Di waktu tengahari, chahaya datang dari arah atas kepala dan bayang-bayang terus jatuh ke bawah kaki.

Matahari tegak di atas kepala, membuat chahaya sangat kontras dan bayang pekat – © Ted Adnan Photography

Di kala lewat petang pula,  chahaya agak kekuningan/jingga, disebabkan oleh serakan chahaya oleh partikel asap, jerubu, molekul udara serta berbagai zarah yang terapung di udara.

Sore di Lereng Rinjani – © Ted Adnan Photography

Sekian dahulu buat kali ini, akan perihal imbangan warna, akan dibikin karangan lain untuk posting blog lain kali.