Kiriman blog asal ini ada-lah pada Disember 2011, pada masa itu akaun Instagram banyak gambar di-upload dengan kamera ber-simkad #iPhone3Gs, kualiti gambar nya tak-lah berapa tjantique ketika itu tapi banyak main filter. Ini saya kongsi gambar pertama kali upload ke IG , boleh tengok kualiti-nya machiamana har har har. Pada jaman itu saya gunakan akaun IG sebagai catatan visual semata-mata. Untuk hal-hal berkaitan kerja, saya lebih suka guna Blackberry™ (semua model yang saya pernah pakai sudah mampus sudah segala).
Apa-apahal pun, sempena Ramadan pertama di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 (juga hari ke 40?), teringat pula pasal tugasan melibatkan makanan, maka saya kopi pes kiriman blog lama ni lah.
Baru-baru ni ada seorang sahabat lama juga Client bilang kat aku, “Ted, Client aku nak bikin photoshoot, bila aku mentioned nama nko, dia bilang bila gugel nama nko banyak gambar model ajer kuar lah whoah hahahahahaha” aku pun tertawa sama.
Tapi perbualan singkat melalui talipon itu membuat aku berfikir, “Ya tak ya juga, selama ini aku dok letak gambar wanita anggun serta nona manis di blog aku ini dan amat jarang aku letak gambar kerja komersial aku=lah. Paling kuat pun, aku letak kongsi gambar foto “behind the scenes” ajer.
Tadi siang aku bikin satu rakaman gambar foto untuk satu syarikat di dalam bidang “F&B”, maka aku pun terfikir, ada baik aku kongsi lagi gambar “BTS” kerja komersial #foodphotography aku…

Haaaa, tengok gambar di atas, di sini, si #TedAdnanBIlang … “kadang-kadang aku shoot food jugak Whoah hahahahahahahaha!” (*tertawa gaya algojo gambar filem Melayu lama*)
Nanti esok-esok aku share gambar BTS lagik lerr. Oh! Sebelum aku terlupa, untuk anda yan gberkampung di Facebook dan asyik nak tiru setting kamera orang lain, ni ha “EXIF” gambar (foto oleh Inche Fairuz) di atas:
Client: “Nenek Aku Punya”
Creative Director: MatJepp Malaya
Kamera: Canon 5D Mk2
Lensa: Lensa telezoom boleh pulas laras 70-200 f dua titik lapan
Picu tetuang udara: PocketWizard Plus 2
Tripod: Manfrotto Tri-Aut 058B
Lampu: Visatec 800 siap taruk “honeycomb”
Beg: Lowepro Pro Roller X200
Komputer: iMac kaler silver keluaran 2007
T-shirt: “I Joined Ted Adnan’s Lighting Workshop and All I Got Is This Lousy T-shirt” Black, 2XL, RM39.90 ony.
_______________________________________
Dah dekat tengah malam, baik aku berenti di sini, aku mahu tidur daaaa…
(Habis sudah kopi pes)
Wah! Jaman tu saya jual tee-shirt RM39.90 ajer
Ted Adnan, 24 April 2020