Perihal Suhu Kelvin (Orang Inggeris bilang… “Kelvin temperature”) di dalam Fotografi…

(Sambungan dari penulisan asal di sini DAN sambungan-nya di sini ..)

Di perkongsian se-belom ini, saya bilang akan perihal Imbangan Putih ( a.k.a. “White Balance” bak kata Orang Jawa Educated™ ). Tetapan Imbangan Putih di dalam kamera pada kebanyakan masa-nya berguna untok menghasilkan gambar dengan warna yang “benar”, akan tapi mengikut pengalaman saya sindri (yang baru bergiat dalam bidang fotografi ni tak sampai Doploh tahun) adakala-nya tak boley pakai sebab hasil-nya tidak seperti yang di-ingini. Bagi saya, perkara penting di dalam gambar, terutama-nya gambar potret, ada-lah warna kulit. Jika warna kulit yang tertera di dalam gambar sama seperti yang di-lihat dengan mata, maka, itu-lah “warna yang benar”. Perkara ini saya gunapakai untok gambar majlis sosial dan juga gambar foto kembara. Bila rakaman gambar di-bikin dengan banyak, takkan SEMUA gambar itu mahu di-betul-kan imbangan putih-nya kan? Jika tetapan imbangan putih kamera ni “tidak berapa tepat”, apa-lah pula tetapan mahu di-pakai untok dapat-kan warna yang “se-benar”?

#TedAdnanBilang, saya pakai tetapan suhu Kelvin ( Bahasa Jawa Educated™: Kelvin Temperature, simbol “K”) di dalam kamera.

Persoalan-nya, siapa-lah “Kelvin” ini??? Ahaaaa… kalau nak tahu, suhu Kelvin ini di-nama-kan sempana sa-orang ahli fizik bernama Sir William Thomson, yang kemudian di-anugerah-kan gelaran “First Baron Kelvin” yang hidup sekitar abad ke-19 oleh Permaisuri Victoria (yang di-khabar-kan menghadiahkan panchuran air di Melaka depan Bangunan Stadhuys yang warna merah tu). Lain-lain butiran boleh-lah tuan-tuan sindri bikin charian di-Internet.

Baik-lah, jikalau tak mahu tahu pasal “Siapa-lah Kelvin” ini, sila sambong ke perenggan berikut-nya.

Suhu Kelvin ini ada-lah tetapan nilai untok mengukur suhu warna sumber-sumber chahaya. Skala suhu Kelvin ini biasa-nya ber-mula se-rendah kurang lebih 2000K (ingat ya, simbol “K” ini untok nama “Kelvin” di atas itu-lah!) sehingga kurang lebih 10,000K. Dalam perisian suntingan pasca produksi boleh ajer bikin lebih tinggi dari 10,000K ini tapi hasil gambar-nya nanti akan menjadi ter-sangat-lah jingga-lah juga ada-nya. Kalah orang kena demam kuning.

Sechara umum-nya, sukatan suhu Kelvin ini ada-lah seperti berikut:
– chahaya lilin = ~2000K
– sinar matahari pagi = 2000K~3000K
– lampu mentol olde skool = 3000K~3400K
– lampu kalimantang = 3000K~4000K
– lampu denyar / strob = 5000K ~ 5500K
– sinaran matahari = 5500K ~ 6500K
– sinaran matahari terik tengahari
( langit biru tiada awan langsung! fuh! ) = 6000K~ 7000K
– sinaran matahari menyorok di balik awan = 6500K ~ 8000K

Mungkin ada yang kurang faham akan perihal suhu Kelvin ni (sebab tulisan di perenggan-perenggan atas sa-belom ini bahasa-nya berjela-jela lagi ber-bunga), maka, untok tuan-tuan yang _malas_ membacha ( serta yang tidak berapa faham juga ), meh saya “lukis”-kan dengan beberapa gambarajah ringkas seperti di bawah ini-lah.


(Sila tonton baik-baik ya? Sebab saya akan kirim gambarajah-gambarajah ini sekali sahaja tau?)

Tajuk: “Budak Siem Reap Kena Candid”
Kamera: Nikon D3
Lensa: 300mm f dua titik lapan
Halaju Pengatup: 1/2500
Apatur: f3.2
ISO: 500
Perbandingan gambar ( paling atas ) dengan Imbangan Putih Tungsten ( suhu sekitar 2800 Kelvin ), gambar ( tengah ) dengan imbangan putih selepas suntingan ( mengikut sesedap rasa si Ted Adnan tu ) dan gambar paling bawah dengan tetapan Imbangan Putih ‘Shade’ ( suhu sekitar 7500 Kelvin ).

Penetapan imbangan putih juga memainkan peranan yang penting tatkala merakamkan gambar landscape. Jikalau tidak kena gaya, tetapan imbangan putih yang salah akan merubah “mood” sesebuah gambar. Sebagai contoh, sila rujok gambarajah di bawah ini-lah…

Tajuk: “Fajar di Maninjau”
Kamera: Nikon D3
Lensa: 18-35mm f3.5~4.5
Halaju Pengatup: 1/40
Apatur: f8
ISO: 250
Perbandingan gambar ( paling atas ) dengan Imbangan Putih Tungsten ( suhu sekitar 2800 Kelvin ), perhatikan warna langit yang “ter-lebih biru” tu-lah. Gambar ( tengah ) dengan imbangan putih selepas suntingan ( mengikut sesedap rasa si Ted Adnan tu ) dan gambar paling bawah dengan tetapan Imbangan putih ‘Shade’ ( suhu sekitar 7500 Kelvin ). Lihat warna langit banyak ber-tukar menjadi magenta maka, bagi _saya_, kelihatan “tidak normal” lah juga ada-nya.

Di-hujong kalam, saya beri satu lagi contoh gambar di sa-buah pasar basah di Siem Reap yang di-rakam-kan sa-belom matahari terbit. Pada hari sa-belom itu suhu Kelvin kamera di-tetap-kan pada 4750 K, maka pada pagi kejadian (tengah mamai al maklom bangun di waktu dinihari dari hotel dan tiba di pasar ini sekitar suboh, keadaan luar masih gelap lagik) tidak di-ubah apa-apa tetapan kamera. Bila nampak si penjual daging ini sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggan-nya, saya berdiri jauh sadikit dengan lensa 85 emm emm dan menukar bukaan apatur sahaja dan terus merakamkan set gambar ini.
Gabungan tetapan suhu Kelvin yang tinggi di dalam kamera DAN lampu mentol olde skool tersebut menghasilkan gambar yang kuat sungguh ‘cast’ jingga-nya. Mujor saya hanya perlu SE-KEPING gambar sahaja maka setelah *ahem* di-sunting sadikit maka gambar paling kanan di bawah ini-lah hasil yang saya mahu sa-benar-nya.

Tajuk: “Senyuman Penjual Daging”
Kamera: Nikon D3
Lensa: 85mm f satu titek lapan
Halaju Pengatup: 1/100
Apatur: f2.8
ISO: 1250


Kesimpulan-nya, bila faham penggunaan suhu Kelvin ini tatkala merakam-kan gambar, maka KURANG-lah masa suntingan di-guna-kan untok “memperbaiki” gambar-gambar tersebut. Ya-lah, bila dah ber-umor ni rasa-nya malam-malam mahu tidor nyenyak dari ber-sengkang mata sampai dinihari sunting gambar sampai 44 lapis petala langit dan bhomi (yang tahu, tahu-lah) har har har!

2 thoughts on “Perihal Suhu Kelvin (Orang Inggeris bilang… “Kelvin temperature”) di dalam Fotografi…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.